KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP RAKYAT

•Taraf hidup rakyat bertambah meningkat.
•Peluang pekerjaan banyak disediakan oleh rakyat.
•Kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat seperti sekolah, masjid, hospital, jalanraya dan seumpamanya.

PERANAN BAITUL MAL DALAM PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA

•Menguruskan sumber-sumber pendapatan Negara melalui dewan Al-Kharaj yang menguruskan kutipan cukai seperti Al-Kharaj, jizyah, usur dan sebagainya.

•Mengawal belanjawan Negara melalui dewan An-Nafakah yang menguruskan pendapatan dan pebelajaan untuk semua jabatan kerajaan serta gaji kakitangan kerajaan.

BAITUL MAL

Baitul Mal iIalah institusi kewangan negara yang diketuai oleh sahibul Baitul Mal ( pengurus perbendaharaan Negara) yang bertugas menguruskan pendapatan dan perbelanjaan Negara.

Ia dilakukan oleh dewan Al-Kharaj (jabatan hasil) dan dewan  An-nafkah (jabatan kewangan). Aktiviti kedua-dua jabatan ini akan dilaporkan kepada baitul mal dari masa ke semasa.

SUMBER-SUMBER KEWANGAN KERAJAAN ABBASYIAH

Zakat – kadar harta yang dikeluarkan oleh umat Islam mengikut hukum syarak
Kharaj – cukai tanah milik bukan Islam dan tanah orang Islam yang diperolehi melalui peperangan
Ghanimah – harta rampasan perang. 80% diberikan kepada pejuang Islam
Faie – harta yang diperlehi melalui pedamaian apabila pihak musuh menyerah kalah
Jizyah – bayaran terhadap bukan Islam yamg mendiami Negara islam
Usyur – bayaran kepada pedagang yang bukan Islam yang singgah di pelabuhan di Negara islam

ZEELA JUAL KEROPOK GORENG FEEDAHNYA UNTUNG

BUKTI SUMBANGAN PARA ILMUAN ISLAM DALAM MENGGIATKAN AKTIVITI PEDAGANGAN

•Al-Bukhari (256H/870M) memperuntukkan bab khusus dalam kitab sahihnya tentang perniagaan iaitu “Bab Al-Buyu’”

•Muhammad bin Hassan As-Syaibani (189H/805M) membincangkan secara mendalam tentang perniagaan serta padangan syarak terhadapnya dalam kitab “Al-Makasib” dan As-Siyyara”

•Al-Kasani (857H/1191M) membincangkan jenis-jenis syarikat serta hukum hakamnya dalam kitab “Badae’ wal sanae”

PERLABUHAN SERTA BANDAR UTAMA PADA ZAMAN ITU

•Baghdad
•Basrah
•Antakiah
•Amman
•Kaherah
•Iskandariah

LANGKAH KERAJAAN UNTUK MENGIATKAN LAGI BIDANG PERDAGANGAN

•Membina pusat-pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi di jalan jalan utama
•Membina rumah-rumah api untuk panduan kapal-kapal pedagang
•Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelakan dari perompak dan lanun

FAKTOR PERKEMBANGAN PERDAGANGAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASYIAH

•Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran perniagaan
•Perkembangan industri perkapalan memudahkan pergerakan para pedagang
•Sarjana-sarjana islam menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum hakam perniagaan serta galakan terhadapnya
•Kemahiran orang Arab dalam bidang perniagaan sejak Zaman jahiliyyah

Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan sektor pertanian

  • Membina saliran.
  • Melebarkan sungai dan terusan.
  • Membuat empangan.
  • Membuka tanah pertanian yang baru
  • Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian.

SUMBER-SUMBER EKONOMI KERAJAAN ABBASIYAH

•Pertanian
•Perdagangan
•Perindustrian
•Sumber-sumber lain seperti zakat, ghanimah, faie, jizyah dan kharaj.

KEDUDUKAN KOTA BAGHDAD

•Terletak di tebing sungai Daljah (Tigris).
•Dibina dalam bentuk bulatan dan terdapat 4 pintu.
•Dikelilingi benteng yang kukuh.
•Di tengahnya dibina istana dan masjid jamek Al-Mansor

FAKTOR LUARAN PENYEBARAN ISLAM


  • Pembukaan wilayah-wilayah baru
  • Penggunaan bahasa arab secara meluas
  • Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasisah dengan negara-negara luar
  • Usaha para pendakwah menerusi kegiatan perdagangan

FAKTOR DALAMAN PENYEBARAN ISLAM

Penduduk setempat tertarik dengan islam serta akhlak umatnya
Galakan khalifah menyediakan peruntukan khas  untuk ulamak dan pendakwah
Dasar kerajaan menyamakan status bangsa arab dan bukan arab
Kedudukan Baghdad sebagai tumpuan dalam bidang ilmu dan perdagangan antarbangsa

KESAN PENEMUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

•Cara hidup dan status umat Islam telah berbeza daripada umat sebelumnya.
•Mereka lebih maju daripada umat-umat lain yang telah menguasai ilmu sains dan teknologi sebelumnya.
•Umat dan agama Islam dipandang mulia dan disegani.
•Ramai orang bukan Islam telah tertarik untuk memeluk Islam.

BUKTI KECINTAAN KHALIFAH TERHADAP ILMU

  • Mereka pernah menerima kitab-kitab sebagai tebusan terhadap tentera Rom yang ditawan.
  • Mereka juga menerima pembayaran jizyah dalam bentuk kitab.
  • Mereka memberi banyak hadiah kepada kerajaan Rom untuk mendapatkan karya dalam bidang perubatan dan falsafah.

PENDIDIKAN: BIDANG ILMU PENGETAHUAN-wahyu

ILMU BERTERASKAN WAHYU

Ilmu tafsir
Ilmu Hadis
Ilmu Fekah
Ilmu Tauhid
Ilmu Falak


FAKTOR PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI:globalisasi ilmu

  • Aktiviti perdagangan dan pembukaan wilayah baru yang strategik membuka peluang kepada umat Islam mengembangkan ilmu pengetahuan. 
  • Andalus dan Sicily menjadi dua gedung ilmu yang menjadi tumpuan pecinta-pecinta ilmu dalam pelbagai bidang, terutamnya dari barat 
  • Di Andalus terdapat 700 buah masjid, 1 universiti dan 70 buah perpustakaan yang menyimpan 500,000 manuskrip dalam pelbagai bidang ilmu.

FAKTOR PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

PENTERJEMAHAN
GALAKAN PARA KHALIFAH
GLOBALISASI ILMU

FUNGSI BAITUL HIKMAH

  • Pusat ilmu pengetahuan
  • Pusat sumber maklumat
  • Pusat penyelidikan dan mengulangkaji pengajian pendidikannya.
  • Pusat cendekiawan menghasilkan kajian, penyelidikan dan tulisan ilmiah

INSTITUSI PENDIDIKAN PADA ZAMAN KERAJAAN BANI ABBASIAH

MASJID
ISTANA KHALIFAH
PERPUSTAKAAN
PUSAT PENGAJIAN

BUKTI KERAJAAN ABBASIYAH MENGAMALKAN DASAR LIBERAL DALAM PEMERINTAHAN

•Melantik sesiapa sahaja yang di kalangan umat Islam yang berkebolehan dan berkemampuan untuk mengurus dan mentadbir negara.

KHALIFAH KERAJAAN ABBASIYYAH

ABU ABAS AS-SAFAH
ABU JAAFAR AL-MANSUR
KHALIFAH HARUN AR-RASYID
KHALIFAH AL-MAKMUN

SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

•Keagungan Kerajaan Abbasiyah menjadi bahan kajian para sejarawan hingga hari ini.
•Ia menjadi kebanggaan umat Islam sepanjang zaman.
•Keagungan tersebut tidak akan tercapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh daripada umat Islam.
•Mereka meluaskan konsep jihad hingga meliputi penguasaan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
•Penguasaan pelbagai ilmu oleh umat Islam telah mengangkat martabat mereka sebagai umat yang paling maju ketika itu.

KHALIFAH AL-MAKMUN


Nama sebenarnya ialah Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmun. Merupakan putera kepada Harun Al-Rasyid
Menjadi Khalifah selama 20 tahun bermula tahun 198H (813M) hingga 218H (833M)


•Sumbangan tokoh
  -menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang       ilmu pengetahuan.
- menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang

KHALIFAH HARUN AR-RASYID


 Khalifah yang paling warak dan terkenal. Memerintah selama 23 tahun 11/2 bulan bermula 170H (786M) hingga 192H (809M).
•Sumbangan tokoh 
-Membina kemudahan asas seperti rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian. 
-Menjadikan Baghdad seperti pusat perdagangan, ilmu  pengetahun dan kebudayaan terkemuka. 
-Menubuhkan ”baitul hikmah” yang menjadi pusat  perkembangan ilmu pada zaman itu.
-Mewujudkan jawatan kadi Al-Qada’ (ketua hakim) 
-Memerintahkan kadi Abu Yusof menulis kitab  tentang percukaian hingga terhasilnya kitabAl-Kharaj



ABU JAAFAR AL-MANSUR


Merupakan saudara kandung As-Saffah 
- Menjadi khalifah selama 22 tahun bermula 136H (754M) hingga 158H (775M).


•Sumbangan tokoh terhadap tamadun Islam.
 -Menjadikan Bahghdad sebagai ibu kota dan    membangunkannya.
 -Memperbaiki sistem cukai .
 -Membuat saliran-saliran. 
 -Menyediakan pasar-pasar di tempat-tempat yang strategi.


ABU ABBAS AS-SAFFAH


Khalifah pertama kerajaan Abbasiyah
Menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan bermula 132H (750M) hingga 136H (754M).


•Sumbangan tokoh terhadap tamandun Islam
-Mengasaskan kerajaan Abbasiyah.
-Menghapuskan pemberontak.


STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN ABBASIYAH

•AL-KHILAFAH
Ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah-wilayah Islam.

•AL-WAZIR
Perdana menteri yang bertindak sebagai ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan.

•AD-DAWAWIN
Jabatan-jabatan kerajaan di bawah pengawasan dan seliaan Al-Kuttab (sekretari) seperti jabatan polis, jabatan audit, jabatan pertahanan dan jabatan perhubungan

CORAK PERINTAHAN ABBASIYAH

  • Kerajaan Abbasiyah menjalankan sistem pemerintahan yang lebih liberal. Rakyat mendapat hak yang sama dalam pentadbiran.
  • Berbeza dengan dasar Umaiyyah, kerajaan Abbasiyah lebih menekankan aspek pembangunan negara dan pembangunan wilayah serta kestabilan rakyat.

LATARBELAKANG

  • Perkataan Abbasiyah diambil sempena nama Al-Abbas iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W..
  • Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas as-Saffah melalui gerakan Pevolusi Abbasiyah pada tahun 750 Masihi.
  • Faktor tertubuhnya Kerajaan Abbasiyah:
  • Penentangan puak Mawali terhadap pemerintahan Umaiyyah.
  • Pemberotakan oleh puak Syiah dan Khawarij.
  • Kecuaian pemerintahan Umaiyyah dalam menjalankan tanggungjawab.
  • Gerakan sulit Abbasiyah.

SEJARAH TAMADUN ISLAM

  • Tamadun Islam bermula sejak terbinanya negara Islam yang pertama semasa zaman Rasulullah S.A.W. di Madinah.
  • Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W., ia diteruskan oleh para Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah, dan Abbasiyah
  • Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tamadun Islam mencapai zaman keemasannya. 
  • Umat Islam ketika itu mencapai kejayaan dalam aspek penyebaran Islam, pendidikan, sains, dan teknologi, ekonomi, serta ketenteraan.

soalan spm

2010 4

Berikut ialah struktur kerajaan Bani Abbasiah.

                                 Al-Khalifah

                                 Al-Wazir

                                Ad-Dawawin


i) Jelaskan satu daripada istilah yang digunakan dalam cara di atas.

ii) Terangkan dua iktibar yang beleh anda pelajari daripada sejarah kerajaan Bani Abbasiah.

2007 4

i) Jelaskan dua faktor  yang mendorong penyebaran Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiah.

ii) Terangkan kesan positif  penyebaran Islam kepada masyarakat pada zaman kerajaan Bani    
     Abbasiah.